I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 17 July 2011

ADUHAI REMAJA

Buat remaja lelaki sekarang pakai seluar yang ketat-ketat..
semua nak tunjuk kuat, ada yang gila judi mula percayakan pula unsur khurafat
maka hidup pula menjadi melarat...
Bila dah kalah judi , tali kasut pun dah tak berikat....

Rambut pun jarang bersikat
Perempuan zaman sekarang
Suka pakai mini sekerat
Suka pakai baju ketat
Suka pulak menunjukkan pusat
Hingga tidak pedulikan pula batasan aurat
Pakai pula yang sendat-sendat
Kadang-kadang sampai nampak yang tersirat
Tidak kira bujur, tidak kira bulat (minta maaf)

Bila dah jadi macam tu, sesiapa sahaja yang melihat
Pasti tercegat Bila dah tercegat, silap kira bolehjadi gawat
Bila dah gawat, bohsia dan bohjan lagi dasyat
Duduk berjauhan berutussurat
Bila berjumpa tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk erat-erat
Masa tu nafas naik turun tersekat-sekat]

Usah dipedulikan Agama dan adat
Usah dipedulikan ALLAH dan para malaikat
Yang penting aper yang kita nak buat, kita buat
Akhirnya bila dah buat, perut kempis dah jadi bulat
Bila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah anak-anak yang tak cukup sifat
Maka anak-anak yang tak cukup sifat dibuat merata-rata tempat
Bila bayi dibuang merata tempat, maka iblislah yang pertama melompat-lompat
Maka berkatalah iblis, Habislah manusia semua dah terjerat
Habislah manusia semua telah tersesat

Wahai sahabat
Lihatlah inilah fenomena hidup masyarakat
Oleh itu para saudara, saudari dan juga para sahabat
Marilah kita pakat ingat mengingat
Maka dunia yang kita duduki ini semakin singkat
Entah esok, entah lusa kita akan menghadapi hari kiamat
Sampailah masanya kita akan berangkat
Berangkat menuju ke Negara akhirat
Disana nanti kita akan ditanya apa yang telah kita buat
Masa itu kita sendiri mahu ingat

Umurmu banyak mana yang kamu buat ibadat
Zaman mudamu apa yang telah kamu buat
Harta benda kamu semua, dari mana kamu dapat
Ilmu kamu aper yang kamu menafaatkan
Semoga semua ini dapat mengingatkan kita agar meninggalkan segala perkara maksiat

Dan marilah kita perbanyakkan ibadat
Semoga amalan kita mendapat berkat, insyaallah

No comments:

Post a Comment