I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 7 August 2011

Muhasabah Ramadhan




hari raya hari kemenangan
hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
di lipatan seni mehnah Ilahi
ada maksud murni yang baik hakiki
pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
pada fikiran disinar wahyu dan sabda
pada hati bersih di solat Terawih
apakah semuanya telah dimiliki
puasa mengajar erti ketabahan
menghadap ujian berlandaskan iman
puasa perisai yang sangat maknawi
penyingkap hijab antara hamba dengan Ilahi
puasa sempurna menahan rohani dan rasa
puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
lalu di manakah puasa kita
adakah masih di tahap lama
lalu muhasabah di hujung Ramadhan
sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
atau kolam jiwa masih tercemar keruh
bersembilu dosa duri angkara
ketika bertahmid,bertakbir,bertasbih
terasakah kita hamba Ilahi
yang hanya mampu mengukir tadbir
sedangkan pada-Nya segala takdir

Saturday, 6 August 2011

SYAITAN BERCUTI LAGI !!!!!!

Syaitan terpakse bercuti sebulan!!! Jangan sangka pelajar sekolah dan cikgu-cikgu sahaja yang ada cuti bermusim yang panjang tempohnya..Jangan sangka wanita berpantang sahaja yang ada cuti panjang....Syaitan pun akan bercuti panjang...Walaupun kalau boleh mereka ingin terus-menerus bekerja bagi memastikan misi mereka berjaya dengan cemerlang....


 Namun, jangan sangka syaitan "cuci tangan" daripada menggoda anak Adam. Sebelumnya bercuti, syaitan telah menggunakan sepenuhnya 11 bulan sebelum Ramadhan untuk menerapkan segala sifat mazmumah dalam diri  anak Adam krn syaitan takkan bersama anak Adam sepanjang Ramadhan. 
 Dipasaknya kukuh sifat2 buruk, kelakuan dan perbuatan yang bertentangan dgn syariat, seterusnya memujuk manusia agar terus mngerjakan larangan Allah. Bersungguh2  si syaitan menyeru manusia kpd mngkar dan menjauhkan manusia daripada makruf...
 Sementara syaitan bercuti, apa kata kita giatkan kembali anggota badan melakukan ketaatan kepada Allah sama ada yang wajib ataupun sunat..Yang wajib dilakukan dengan ikhlas dan penuh pnghayatan. Amalan sunat pun sama, malah ditambah lagi dengan sukarela. Dengan ini semoga noda hati yang dituai ketika syaitan bebas mnggoda anak Adam dapat dicuci kembali..
 Jika dlm bulan ramadhan ini, stesen radio dan televisyen mngubah kndungan siaran mereka menjadi lebih islamik, dihiasi dgn bacaan al-Quran serta zikir, pengisian agama dan sebagainya, adakah kita tidak ingin pencapaian peribadi kita mningkat sepanjang Ramadhan???
 Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Apabila datangnya ramadhan,maka dibuka pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka dan dirantai syaitan-syaitan."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 Jika syaitan sedih menjelang ramadhan, manusia sebaliknya perlu gembira dan mengalu-alukan kehadiran penghulu segala bulan ini.. Jom sama-sama tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadhan . Semoga natijah akhir iaitu taqwa mampu dicapai.AMIN......