I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 17 September 2011

Cinta Itu Buta...Betul Ker?

5 PEDOMAN CINTA ITU BUTA.....

*CINTA ITU BUTA
mungkin benar.....tanpa batasan usia,agama,fahaman juga
darjat, CINTA selalu mengatasi segalanyer. Tapi ingat,
tak semua yang indah kekal selamanyer....

*CINTA ITU BUTA
boleh memudaratkan. You all perlu waspada kerana yang penting adalah keharmonian
dan kesejahteraan dalam kehidupan. Tak guna dapat bercinta tapi akhirnya
diri dan badan merana.....

*CINTA ITU BUTA
wajar ada pedoman. Ia hanya bermakna jika kasih sayang remaja terpelihara...
pastikan ada batasannya.Ada hala tuju untuk masa depan.

*CINTA ITU BUTA
mampu membawa bencana. pastinya jika terlalu mengikut nafsu dan perasaan 
tanpa mengira  kesan dan akibat. Ini dah bunyi macam bicara
sasterawan beb ! Tapi inilah hakikatnya.....

*CINTA ITU BUTA
hanya ungkapan manis. Ianya ayat power untuk yang dah kemeruk
cinta. Ramai remaja terlupa bahawa cinta semata tak akan membawa
you all ke mana.

CINTA wajar positif ! Jangan terlupa dunia bukan hanya milik kita. Semua
orang ada keluarga,ada generasi,ada sahabat juga ada masa depan. Kehidupan
perlu ada wawasan....kene ada azam....kene ada bajet dalam kehidupan...
Warnai kehidupan kasih sayang remaja 2011 dengan keceriaan dan kedamaian.

Thursday, 15 September 2011

Sayang..... Usah Kau Pergi

Sayang.
Rindu ku padamu tak dapat nak dibendung lagi...
Sumpah aku merinduimu...
Walau baru sehari tidak berhubung denganmu ku telah rasa
seksanya...
Dalam jaga aku terbayang wajahmu...
Bayanganmu ada di mana-mana..
Dalam tidur kau hadir dalam mimpi ku....
Kau membawa sekali semua kenangan yang pernah kita lalui
bersama....
Hari-hari yang kita lewatkan bersama amat membahagiakan...
Ku sangka aku akan terus bahagia hingga ke akhir hayat..
Tapi tak kusangka kau telah mengejutkan aku dari terus lena dibuai
mimpi...
Mimpiku untuk memilikimu selama-lamanya..
Aku tak faham mengapa ini semua terjadi....
Entah apa salahku aku tidak tahu...

Sayang...
Tidakkah kau kasihani diriku...
Aku benar-benar terseksa dengan cinta yang kau tinggalkan...
Seolah-olah aku tak dapat bangun lagi....

Sayang...
Andai aku pergi sebelum kita dapat bertemu....
Sudah tentu aku tak akan aman...
Kerana apa yang aku ingini adalah kamu....
Aku ingin belaian mu sebalum aku menutup mata..
Aku ingin merenung dalam-dalam ke dalam matamu..
Aku ingin berada dalam hangat dakapanmu..
Aku ingin kongsi tangis ku bersamamu..

Sayang ..
Walau aku tak akan aman di sana...
Walau aku teramat seksa disini..
Ketahuilah bahawa aku amat mencintaimu...
Ketahuilah betapa jiwa ini meronta kerana pemergianmu...
Aku ingin bersama kau selalu sayang....
Semoga tuhan mendengar doa-doa ku...
Aku ingin bersama denganmu....
Aku ingin bersama denganmu....
Aku ingin bersama denganmu....
SEHIDUP SEMATI


Aku tetap Aku

Aku....
Aku adalah aku...
Yang punya hati dan perasaan.....

Mengapa aku yang engkau pilih?
Mengapa engkau yang aku pilih?
Mengapa hatiku ada padamu?
Dan mengapa pula hatimu ada padaku?

Ketahuilah bahawasanya aku tetap aku,
Dan engkau tetap engkau...
Dan ketahuilah bahawasanya aku amat menyayangimu......

Biarpun sejuta percikan api membahagiku......
Biarpun sejuta wajah insan lain cuba mendampingiku....
Biarpun ada saja rintangan menghalangiku...

Namun,,
Aku masih tetap menyayangimu....
Dan mengasihimu..
Kerna..
Aku tetap aku, dan engkau tetap engkau.........

Wednesday, 14 September 2011

" Saya Amat Menghormati....."

Saya amat menghormati seorang wanita yang bergelar ibu. Ibu sangat penting bagi kita semua. Tanpa ibu, kita tidak akan lahir ke dunia yang indah ini.
Ibu adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Ibu tidak ternilai. Ibu tidak dapat digantikan dengan wang jutaan ringgit sekalipun. Ibu adalah harta dunia yang tidak dapat dijual beli.
Pastinya kita sangat sayang akan ibu kita. Dialah yang melahirkan kita ke dunia ini. Dialah yang menjaga dan mendidik kita semua dengan ikhlas dan penuh kasih sayang,bagai menatang minyak yang penuh. Dialah orang yang paling saya sayangi. Walaupun saya selalu menyakiti hatinya,tetapi dia tetap sayangkan saya. Dia menyayangi saya lebih daripada nyawanya sendiri.
Ibu seorang yang cantik,penyayang, dan sentiasa menyayangi saya dan adik2. Walaupun dia selalu memarahi saya, ini tidak bermakna dia membenci saya. Saya juga tidak pernah membencinya. Beliau selalu berada disamping saya apabila saya memerlukannya. Tidak hairanlah mengapa saya menghormatinya sepanjang hayat saya. Hargailah ibu sementara mereka masih ada.
Janganlah menyakiti hatinya di dunia ii kerana sesungguhnya "SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU"