I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 14 September 2011

" Saya Amat Menghormati....."

Saya amat menghormati seorang wanita yang bergelar ibu. Ibu sangat penting bagi kita semua. Tanpa ibu, kita tidak akan lahir ke dunia yang indah ini.
Ibu adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Ibu tidak ternilai. Ibu tidak dapat digantikan dengan wang jutaan ringgit sekalipun. Ibu adalah harta dunia yang tidak dapat dijual beli.
Pastinya kita sangat sayang akan ibu kita. Dialah yang melahirkan kita ke dunia ini. Dialah yang menjaga dan mendidik kita semua dengan ikhlas dan penuh kasih sayang,bagai menatang minyak yang penuh. Dialah orang yang paling saya sayangi. Walaupun saya selalu menyakiti hatinya,tetapi dia tetap sayangkan saya. Dia menyayangi saya lebih daripada nyawanya sendiri.
Ibu seorang yang cantik,penyayang, dan sentiasa menyayangi saya dan adik2. Walaupun dia selalu memarahi saya, ini tidak bermakna dia membenci saya. Saya juga tidak pernah membencinya. Beliau selalu berada disamping saya apabila saya memerlukannya. Tidak hairanlah mengapa saya menghormatinya sepanjang hayat saya. Hargailah ibu sementara mereka masih ada.
Janganlah menyakiti hatinya di dunia ii kerana sesungguhnya "SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU"

No comments:

Post a Comment